fbpx

Festival bertukar cemas, belon udara hempap pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa belon udara panas tersebut gagal berlepas seperti dirancang disebabkan keadaan cuaca buruk. – AM

LEON, MEXICO – Kira-kira 60,000 pengunjung cemas dan bertempiaran melarikan diri  apabila bakul belon udara panas  terhempas ke atas mereka ekoran angin kencang, mengakibatkan 12 orang cedera, lapor akhbar Daily Star semalam.

Insiden berlaku semasa  Festival Belon Udara Panas Antarabangsa di Leon, Mexico, 19 November lalu. Ketika kejadian, ramai pengunjung menantikan persembahan penghibur, DJ Martin Garrix dan Tiesto.

Sebilangan pengunjung cedera dan mengalami lebam selepas beberapa bakul menghempap mereka dengan ada yang mengalami trauma.

Enam daripada mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang kecederaan serius, manakala enam lagi tiba kemudian disebabkan kesesakan lalu lintas.

Kesemua mereka bagaimanapun telah dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut laporan, beberapa belon udara panas tersebut tidak berlepas seperti dirancang disebabkan cuaca buruk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN