fbpx

DUN Selangor: Tiada kawalan kuota eksport punca telur terus kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tiada kawalan kuota eksport telur akan terus menyebabkan bekalan tersebut tidak mencukupi di negara amnya dan Selangor, khususnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, ini disebabkan punca kenaikan dolar Amerika Syarikat sehingga mendorong untuk dieksport bagi mendapatkan keuntungan lebih baik.

“Kalau ikut tahap kemampuan saraan diri bagi Malaysia, sebenarnya catatkan 113 peratus pengeluaran telur dan boleh mencukupi, namun bila tiada kawalan jadi tidak cukup.

“Tekanan disebabkan kejatuhan ringgit juga akan menambah lagi beban sebenarnya dari segi kos sara hidup,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Lau Weng San (PH -Banting) yang mengetahui sama ada inisiatif kerajaan negeri menerusi Jelajah Ehsan Rakyat (JER) tercapai dalam penurunan harga barangan keperluan.

Izham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah menegaskan segala dasar dan polisi berhubung kawalan harga barang adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.

Tambah beliau, JER adalah program intervensi dengan matlamat membantu dalam masa segera bebanan yang ditanggung rakyat pada pasca pandemik.

“Setiap barangan keperluan harian yang dibawa dijual pada harga lebih rendah iaitu antara 28 hingga 30 peratus meliputi ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

“Setakat 30 Oktober lalu, lebih 200,000 penduduk Selangor telah menikmati manfaat daripada program JER,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI