fbpx

Dua lelaki bawa parang tunggang motosikal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek diberkas polis disyaki ketika memegang parang sambil menunggang motosikal di sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas kelmarin.

GEORGE TOWN – Dua lelaki warga Indonesia diberkas selepas polis menemui dua bilah parang yang dibawa suspek ketika menunggang motosikal di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini malam kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek terbabit dilakukan sepasukan polis daerah Barat Daya semasa menjalankan rondaan cegah jenayah.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek ditahan ketika sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Sungai Ara.

Parang yang dirampas polis.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek-suspek telah menjumpai dua bilah parang dan kedua suspek tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” katanya di sini.

Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(a)/6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI