fbpx

Bunda Hetty prihatin nasib mangsa gempa Cianjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HETTY Koes Endang turut terkesan dengan tragedi gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia dan mendoakan semua mangsa tabah menghadapi ujian.

PETALING JAYA – Penghibur legenda Indonesia, Hetty Koes Endang menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas tragedi gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia yang mengorbankan ratusan nyawa serta kemusnahan kediaman pada Isnin lalu.

Meskipun kini berada di Kuala Lumpur bagi memenuhi komitmen terhadap tugasan seni, figura popular yang mesra disapa Bunda itu tetap prihatin dengan nasib mangsa bencana alam di negaranya.

Juri tetap program realiti Gegar Vaganza (GV) itu tidak ketinggalan menitipkan doa kepada semua yang terbabit dalam musibah berkenaan supaya terus kuat semangat.

“Bunda yang saat ini berada di Malaysia disebabkan tugas turut berdukacita sedalam-dalamnya untuk warga Cianjur dan sekitar atas musibah gempa.

“Semoga anda semua selalu diberikan ketabahan, kekuatan dan perlindungan daripada Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.

Isnin lalu, gempa bumi kuat berukuran 5.6 skala Richter menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat dan angka kematian dilaporkan meningkat kepada 268 orang sejak kelmarin dengan sekitar 150 mangsa masih hilang.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesahkan seramai 58,362 penduduk di lebih 12 daerah kehilangan tempat tinggal selepas hampir 22,198 unit kediaman musnah akibat bencana tersebut.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) pula memberi amaran bahawa Cianjur berdepan bencana alam terbaharu dalam beberapa minggu akan datang ketika ribut petir diramal melanda rantau itu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI