fbpx

Aifa gagal pertahan gelaran Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIFA (depan) gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 apabila tewas di tangan Gilis hari ini.

KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila tumbang di peringkat suku akhir hari ini.

Aifa, 21, tewas 0-3 kepada pilihan kedua kejohanan dari Belgium, Nele Gilis dengan keputusan 9-11, 4-11, 2-11 dalam tempoh 32 minit pada aksi di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

“Saya tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Sejak beberapa bulan lalu saya lihat tahap permainan Gilis meningkat naik, malah dia juga ranking lebih tinggi daripada saya.

“Seronok dapat berlawan dengannya tetapi malangnya saya tak menang. Apa-apa pun saya dapat belajar sesuatu daripada perlawanan ini, jadi ia sesuatu yang bagus buat saya.

“Sebenarnya saya mahukan kemenangan ini tetapi saya taklah begitu kecewa kerana tahu ia sukar. Saya hanya mahu terus berfikiran positif sebab saya ada kejohanan lain selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain di ranking ke-24 dunia dari Kedah itu percaya kekalahan tersebut tidak akan menjejaskan semangatnya untuk menghadapi Terbuka Antarabangsa Hong Kong bermula 28 November ini.

“Saya tak nak kekalahan hari ini memberi kesan kepada saya. Ia akan menjadi satu cabaran baharu buat saya dan bersedia memberikan 100 peratus di Hong Kong nanti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI