fbpx

Nad Zainal masih alami pendarahan paru-paru, keluarga mohon doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA rakan artis melawat Nad Zainal yang ditempatkan di wad ICU sebuah hospital swasta di ibu kota. Gambar kiri, perkongsian InstaStory pelakon Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Aktres Nad Zainal yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital KPJ Ampang Puteri disahkan mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi.

Kondisi terkini tersebut dimaklumkan rakan pelakon, Ungku Ismail yang telah menerima pengesahan daripada doktor mengenai tahap kritikal yang dialami Nad.

“Doktor memaklumkan mereka belum dapat mengenal pasti punca yang mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad.

“Sehingga kini perdarahan tersebut terus berlaku namun menurut penjelasan doktor, Nad juga mengalami penyakit autoimun yang memerlukan dia menerima suntikan stereoid berdos tinggi,” katanya yang ditemui Kosmo! Online di KPJ Ampang sebentar tadi.

Turut ditemui di perkarangan hospital ialah pengarah terkenal, Shahrulezad memaklumkan doktor yang merawat berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.

“Saya dimaklumkan pendarahan dalam paru-parunya berterusan berlaku dan doktor sedaya upaya mengeluarkan darah dalam organ tersebut.

“Ahli keluarga juga telah dimaklumkan tentang keadaan semasa Nad dan sudah berada di hospital,” ujarnya.

Selain Ungku dan Shahrulezad yang kini berada di hospital, terdapat beberapa rakan artis lain yang turut kelihatan seperti Sharifah Amani, Elvina Mohamad, Nabila Huda, Bella Astilah dan suami Aliff Aziz.

Bekas suami pelakon itu, Faliq Amiruddin bersama dua anaknya, Budi Kalsom dan Fahad Ibrahim turut berada di hospital.

Hari ini, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam kritikal.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.

Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI