fbpx

Aguero sah sertai latihan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERGIO Aguero (kiri) dan Lee Tuck dipanggil sertai latihan pusat Harimau Malaya bermula Selasa depan. IG SRI PAHANG

DUA bintang Sri Pahang, Lee Tuck dan Sergio Aguero menjadi dua pemain naturalisasi baharu dalam skuad Harimau Malaya apabila kedua-duanya dipanggil untuk menjalani latihan pusat bermula Selasa depan.

Walaupun menyenaraikan 41 pemain, pengendali negara, Kim Pan Gon bersetuju untuk melepaskan 11 bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Nor Azam Azih (Sri Pahang) atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

“Ia berdasarkan Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan dan tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.

“Sebagai menghormati Peraturan FIFA, 12 pemain tersebut tidak akan disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. Berdasarkan situasi di atas, baki 29 pemain lain akan menyertai kem latihan pusat bermula 29 November 2022.

“Pemain-pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 2022 pada 26 November ini akan diberi kebenaran untuk melapor diri lewat iaitu pada 5 Disember,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Skuad kebangsaan bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, 9 Disember ini diikuti pertemuan dengan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 14 Disember.

Seterusnya Pan Gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bagi menghadapi Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.

Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan di tempat lawan, menentang Myanmar pada 21 Disember dan Vietnam (27 Disember) manakala pertemuan dengan Laos (24 Disember) dan Singapura (3 Januari) dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Senarai 29 pemain

Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah Usman (JDT), Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Mukhairi Ajmal Mahadi, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Nor Hakim Hassan, Quentin Cheng (Selangor), Rahadiazli Rahalim, Faisal Halim, Azam Azmi Murad, Faiz Nasir (Terengganu), Azri Ghani, Declan Lambert, Akram Mahinan, Haqimi Azim Rosli (KL City), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Darren Lok, V Ruventhiran, R Kogilswaran (PJ City), Lee Tuck, David Rowley, Sergio Aguero (Sri Pahang), Ahmad Khuzaimi Piee, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Negeri Sembilan), Dominic Tan, Stuart Wilkin (Sabah), Dion Cools (FK Jablonec), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI