fbpx

Didakwa putus cinta, Janna Nick berambut ungu pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – “Jika ia memusnahkan kamu, itu bukan cinta”.

Demikian perkongsian terbaru pelakon sensasi, Janna Nick yang agak lama tidak memuatnaik sebarang perkembangan terkini selepas dikatakan membawa hati lara akibat putus cinta.

Menerusi hantaran yang masih ditutup ruangan komen, pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner itu seakan memberi bayangan gelora hubungan dengan kekasihnya, Dini  Schatzmann, bukan gimik.

Sudah berada di bumi Eropah sejak enam hari lalu, sebelum ini rata-rata pengikutnya menganggap percutian tersebut lebih kepada fasa ‘healing’ atau merawat luka.

Menerusi hantaran lain di InstaStory, Janna, 27, turut menunjukkan suasana tenang di bilik hotelnya dengan disertai kapsen ringkas sebagai gambaran pendiriannya ketika ini.

Dalam titipan sama, aktres, penerbit dan pengarah yang kini dipercayai berada di sebuah bandar di Itali juga seolah-olah menyatakan pemergiannya secara sendirian, bukan ditemani sesiapa.

“Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya mati. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut,” tulisnya pada paparan video berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I dendangan Bebe Rexha.

Minggu lalu warga maya dikejutkan dengan spekulasi mengenai cinta Janna dan Dini yang terkandas selepas selebriti berusia 27 tahun itu memuatnaik status sudah ‘single’.

Penyanyi Gatal itu juga sudah tidak lagi mengikuti Instagram Dini, manakala di pihak aktor tersebut pula lebih selesa mengambil jalan mendiamkan diri.

Begitupun, sehari kemudian muncul kelibat kedua-duanya dalam video TikTok rakan artis, Alvin Chong hingga membuatkan warga net merasakan perkongsian awal dibuat Janna sekadar gimik.

Terdahulu, hubungan cinta antara Janna dan Dini mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI