fbpx

Adik-beradik dari Denmark kumpul kad Pokemon terbanyak di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad pokemon menjadi minat ramai termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa di dunia. - AFP

COPENHAGEN – Dua adik-beradik lelaki dari Denmark mencipta rekod dunia Guinness apabila berjaya mengumpulkan koleksi lebih 32,000 kad Pokemon baru-baru ini.

Jens Ishoy Prehn dan Per Ishoy Nielsen memberitahu Guinness World Records bahawa mereka telah mengumpulkan kad permainan popular untuk seluruh kehidupan dewasa mereka.

Koleksi mereka kini berjumlah 32,809 kad Pokenon yang berbeza.

Pokemon ialah siri permainan video yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh syarikat Nintendo berdasarkan siri anime televisyen  popular di kebanyakan negara di dunia.

Adik-beradik itu berkata, mereka telah membelanjakan banyak wang untuk membeli kad selama bertahun-tahun walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa.

Mereka berkata,  kad mereka yang paling berharga iaitu Charizard edisi pertama bernilai kira-kira AS$20,000 (RM91,460) dalam pasaran semasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI