fbpx

Lelaki bawa 9 budak naik basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dilihat membawa sembilan kanak-kanak menaiki basikal. - Twitter

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan seorang lelaki membawa sembilan kanak-kanak menaiki sebuah basikal, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Video itu dikongsikan dalam akaun Twitter @JaikyYadav16.

Rakaman memaparkan lelaki itu membawa sembilan kanak-kanak menaiki basikal di sebuah kawasan pedalaman. 

Tiga daripada mereka duduk di belakang, manakala seorang lagi berdiri di atas yang lain sambil memegang bahu lelaki itu.

Dua lagi duduk di depan basikal dan anak ketujuh duduk menghadapnya. Dua yang lain duduk di lengan lelaki itu yang terpaksa memegang mereka sepanjang perjalanan.

Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Sebilangan netizen mempersoalkan sama ada kesemua kanak itu kepunyaan lelaki tersebut.

“Kadang-kadang kita perlu mengubah naratif untuk melihat sesuatu,” kata seorang netizen.

“Mereka semua mungkin bukan anak lelaki itu,” komen netizen lain. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI