fbpx

Kawasan kediaman Muhyiddin tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana sekitar kediaman Muhyiddin pagi ini.

KUALA LUMPUR – Tidak banyak pergerakan keluar masuk kenderaan di kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat pukul 10.30 pagi ini.

Sekumpulan petugas media masih berkumpul di hadapan laluan masuk ke kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini bagi menunggu perkembangan terkini.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik telah diminta mengemukakan nama seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum pukul 2 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI