fbpx

Dina Nadzir, Fuad Rahman gagal ke final GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAGAL menempatkan diri ke pentas final, perjuangan Dina Nadzir dan Fuad Rahman dalam program GV9 tamat di minggu separuh akhir yang berlangsung malam tadi.

SHAH ALAM – Minggu separuh akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung malam tadi menyaksikan berlakunya penyingkiran dua peserta serentak iaitu Dina Nadzir dan Fuad Rahman.

Kedua-dua penyanyi itu meraih markah terendah iaitu Fuad dengan 58.30 peratus, manakala Dina pula 59.20 peratus.

Meskipun tersungkur pada peringkat separuh akhir, juri tetap GV9, Hetty Koes Endang bagaimanapun gembira dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Fuad.

“Malam ini cara nyanyian sangat berbeza kerana selalunya suara ke arah rock tetapi kali ini menampilkan gaya balada. Itu yang saya mahukan,” komen Hetty.

Namun begitu, dia turut meluahkan rasa kesal dengan persembahan penyanyi Singapura itu kerana ada beberapa bahagian yang agak teruk.

“Banyak juga yang lari dari nada. Selepas habis konsert, dengar kembali. Sewaktu nota tinggi bahagian terakhir bagi saya tidak berapa bagus,” katanya.

Penyingkiran Fuad dan Dina sekali gus membuka laluan buat enam baki peserta iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, V.E dan Hairul Nizam untuk berentap di pentas akhir pada minggu hadapan.

Pada konsert minggu ini dengan tema Separuh Aku Ada Kamu yang berlangsung di Auditorium MBSA menyaksikan Jaclyn atau Jac berjaya mendahului tempat pertama dengan markah 84.35 peratus.

Sementara Shila di tempat kedua dengan markah 79.20 peratus dan Bob juga cemerlang dengan kedudukan ketiga (78.70 peratus).

GV9 diadili sepenuhnya oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI