fbpx

Brad Pitt sudah ada kekasih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAD Pitt kini dilaporkan sedang hangat menjalin asmara dengan seorang model dan juga usahawan, Ines de Ramon.

BELUM pun selesai kes mahkamah atas kesalahan memukul bekas isterinya iaitu aktres Angelina Jolie, pelakon Brad Pitt dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang wanita bergelar usahawan.

Wanita yang dimaksudkan itu ialah Ines de Ramon yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon, Paul Wesley.

Khabar angin tersebut tersebar selepas pasangan itu dilihat begitu mesra ketika menonton sebuah persembahan konsert di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat aktor berusia 58 tahun itu, mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka telah bercinta sejak beberapa bulan lalu,” kata sumber tersebut.

Menurut sumber itu lagi, Pitt dan usahawan barangan perhiasan Anita Ko Jewelry itu mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI