fbpx

Anne Hathaway ketagih lakonkan babak ranjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNE HATHAWAY

PELAKON jelita Anne Hathaway tanpa berselindung mengakui berasa ketagih melakukan aksi seks ketika berlakon walaupun pada awalnya berasa malu untuk beraksi di hadapan kamera.

Ujar pelakon berusia 40 tahun itu, dia mula menikmati setiap adegan yang dilakonkan termasuklah babak seks kerana mahu dilihat sebagai seorang pelakon profesional.

Bagaimanapun, pelakon filem Bride Wars itu memberitahu dia terpaksa mengambil minuman keras terlebih dahulu sebelum melakukan babak berahi tersebut bersama pasangan pelakon.

“Saya harus minum minuman keras sebelum melakukan adegan intim. Tujuannya membuang rasa malu,” katanya.

Ujar Hathaway lagi, kesannya selepas beberapa kali melakonkan babak seks dalam filem, dia berasa ketagih untuk melakonkan aksi sedemikian.

Bagaimanapun, perasaan itu bukan disebabkan kerana dirinya dahagakan kasih sayang, tapi lebih kepada faktor kepuasan sebagai seorang pelakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI