fbpx

Akar umbi UMNO Tanjong Karang ikrar sokong Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salbiah (kiri) ketika berucap pada himpunan aman itu di hadapan Bangunan UMNO Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – UMNO Bahagian Tanjong Karang berikrar untuk terus menyokong perjuangan Tan Sri Noh Omar di kawasan parlimen itu.

Selain mengekalkan Noh sebagai Ketua Bahagian, mereka mendesak Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya segera berundur dan meletak jawatan.

Ketua Pergerakan Puterinya, Salbiah Saari berkata, semua akar umbi masih terkejut dengan keputusan Noh meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri semalam.

“Namun, kami kekal setia dengan kepemimpinan beliau sebagai Ketua Bahagian dan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Selain itu, kami menolak Ahmad Zahid yang diminta segera berundur kerana menjadi punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) termasuk di Tanjong Karang,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Aman Solidariti bersama lebih 500 akar umbi parti itu di hadapan Bangunan UMNO Tanjong Karang di sini, hari ini.

Semalam, Noh mengumumkan peletakan jawatan itu berikutan hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid dan turut menggesa supaya melakukan perkara sama.

Tambah Salbiah, beliau turut akan memberi sokongan kepada Noh pada pemilihan UMNO kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI