fbpx

PRU15: Tiada parti peroleh undi majoriti tubuh kerajaan – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani ketika bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa tiada parti yang bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menang dengan undian majoriti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan semalam, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 76 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) (51) dan Barisan Nasional (BN) (30).

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pas masing-masing memenangi 22 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima), Parti Warisan (tiga), Ikatan Demokratik Rakyat (Muda), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon Bebas masing-masing satu kerusi.

“Bagaimanapun, terdapat tiga bahagian pilihan raya yang tidak dapat diumumkan iaitu Parlimen Padang Serai, susulan kematian salah seorang calon dan Parlimen Baram serta Parlimen Kota Marudu berikutan faktor cuaca buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghani, berdasarkan keputusan yang diumumkan itu, tiada parti memperolehi majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dan peratusan keluar mengundi adalah 73.89 peratus tanpa mengambil kira tiga Parlimen yang dinyatakan sebelum ini.

Bagi DUN Pahang, Abdul Ghani berkata, daripada 41 kerusi DUN yang dipertandingkan, PN telah memenangi sebanyak 17 kerusi, BN (16) dan PH (lapan).

“Terdapat satu bahagian pilihan raya yang tidak dapat diumumkan iaitu DUN Tioman susulan kematian salah seorang calon dan peratusan pengundian bagi DUN Pahang adalah sebanyak 70.48 peratus.

“Daripada 59 kerusi DUN Perak yang dipertandingkan semalam, PN berjaya memenangi 26 kerusi, PH (24) serta BN (sembilan) dan peratusan mengundi mencatatkan sebanyak 66.71 peratus,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) N.66 Bugaya, Sabah telah dimenangi oleh calon Parti Warisan, Jamil Hamzah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI