fbpx

PRU15: [RASMI] Johari tumbangkan Khalid Samad di Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi itu selepas meraih 25,042 undi dengan majoriti 4,632 undi.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Johari menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad mewakili Pakatan Harapan (PH) yang meraih sebanyak 20,410 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosni Adam pula memperoleh sebanyak 14,518 undi manakala calon Pejuang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendapat 888 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

Johari hadir ke pusat berkenaan bersama penyokongnya ketika keputusan tersebut diumumkan.

Seramai 60,858 daripada 80,747 pengundi keluar mengundi meliputi 76.4 peratus manakala 512 undi dikategorikan rosak.

Pada PRU14, Datuk Seri Rina Mohd. Harun memenangi kerusi Titiwangsa dengan majoriti sebanyak 4,139 undi selepas memperoleh 23,840 undi.

Rina menewaskan Johari yang memperoleh 19,701 undi manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 6,845 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI