fbpx

Noh Omar letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh.

KUALA LUMPUR- Tan Sri Noh Omar hari ini mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas menyifatkan tidak lagi memperoleh kepercayaan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, keputusan peletakkan jawatan itu dibuat selepas Ahmad Zahid dilihat hilang kepercayaan kepadanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk tidak dipanggil untuk berbincang mengenai proses pemilihan calon bertanding sebelum ini.

“Saya mahu umumkan bahawa saya ini ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Sebagai pengerusi, saya telah dilantik oleh Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO.

“Tetapi, saya lihat dalam PRU15, Presiden sudah hilang kepercayaan kepada saya. Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, saya tidak dipanggil berbincang, digugurkan sebagai calon, saya tidak kecil hati, tetapi cara digugurkan seperti Presiden tidak menghargai apa yang telah dibuat termasuk membawa tokoh-tokoh seperti Tengku Zafrul dan Khairy Jamaluddin,” katanya kepada pemberita di Menara Datuk Onn di sini tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI