fbpx

Motosikal hangus angkara tangki minyak bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik motosikal yang terbakar bersama beberapa individu berusaha memadam api menggunakan air namun gagal.

PETALING JAYA – Sebuah motosikal milik seorang remaja tiba-tiba terbakar apabila tangki minyak motosikal itu bocor dalam kejadian di Alor Setar, Kedah semalam.

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dirakam dan dimuat naik oleh pengguna TikTok, @naimm47, remaja berkenaan dilihat berusaha memadamkan api tersebut, namun gagal apabila api itu semakin marak.

“Terima kasih kepada mereka yang sudah membantu saya semalam. Semoga dimurahkan rezeki,” kata remaja berkenaan menerusi ruangan komen.

Kejadian malang itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati mereka terhadap remaja berkenaan.

“Kasihan sungguh dia. Mungkin itu merupakan satu-satunya motosikal yang dia ada. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengguna.

“Ramai yang menonton berbanding menolong. Itu merupakan perkara yang biasa dan sudah menjadi lumrah kehidupan,” ujar seorang netizen lain.

“Semoga ada rezeki lain buatnya dan semoga sentiasa dipermudahkan urusan,” tulis seorang pengguna TikTok lain.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang sempat meninggalkan nasihat masing-masing untuk keselamatan pemandu pada masa akan datang.

“Sebenarnya tindakan mencurah air ke dalam api yang sedang marak hanya akan mengeruhkan keadaan. Agaknya dia sedang panik,” kata pengguna itu.

“Jangan menggunakan air untuk memadamkan api, sebaliknya kain basah untuk menekup api,” ujar seorang lagi pengguna lain.

Susulan itu, seorang pengguna di laman sosial itu yang mengemukakan cadangan untuk membuat kutipan bagi membantu remaja tersebut.

“Allahuakbar. Semoga ada rezeki adik ini. Akak berasa teringin hendak membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI