fbpx

‘I Am Texas’ buku terbesar diterbitkan di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buku ini seberat 224 kilogram. – Reddit

GALVESTON, TEXAS – Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan muzium di negeri Texas, Amerika Syarikat bekerjasama bagi menempa nama dalam Guinness World Records bagi kategori buku paling besar yang diterbitkan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Buku tersebut berketinggian 213.36 sentimeter (sm) dan selebar 335.28 sm.

iWRITE dan The Bryan Museum di bandar Galveston menghasilkan buku bertajuk ‘I Am Texas’ yang mengandungi kompilasi pelbagai cerita dan karya seni hasil tulisan 1,000 pelajar di negeri itu daripada gred tiga hingga 12.

Buku seberat 224 kilogram itu bagaimanapun memiliki versi lebih kecil yang boleh dibeli.

“Misi bagi projek ini adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu bagi menggunakan suara mereka dan bercerita ketika berhubung dengan negeri Texas ini yang hebat dan tercinta,” kata iWRITE dan The Bryan Museum.

Buku gergasi itu kini dibawa dalam lawatan ke seluruh Texas dan akan dipaparkan dalam perarakan Hari Kesyukuran pada 24 November ini di Houston. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI