fbpx

Anwar dakwa cukup 112 kerusi, ada peluang jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya yakin akan diberi peluang untuk memerintah negara selain mengakui sudah mempunyai 112 kerusi.

Namun begitu, Ahli Parlimen Tambun tersebut masih merahsiakan gabungan politik yang bakal bersama PH dalam membentuk kerajaan baharu nanti.

“Dari semalam lagi saya sah kata kita sudah cukup dan melebihi angka 112 dan yakin saya akan diberi peluang untuk menerajui negara lepas ini.

“Apa-apa pun kita akan serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong seperti apa yang dititahkan Istana Negara.

“Yang lain- lain sabar dahulu, ikut macam ‘Anwar’ yang sudah lama sabar ni,” ujarnya kepada media sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI