fbpx

Suami isteri, bayi maut kemalangan setelah pulang daripada mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Kilometer 200, LPT 1 hari ini.

KUANTAN – Suami isteri dan seorang bayi 10 bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 200, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 berhampiran Kampung Paya Bungor di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohamad Shafiq Zailani, 33, isterinya, Faeiznoor Mansor, 32 dan bayi mereka, Daryan Marwa Mohamad Shafiq, 10 bulan.

Dalam kejadian terbabit, tiga lagi anak mangsa iaitu dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan akibat kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang kesemua mangsa dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa berjalan lurus, tiba-tiba pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di sebelah bahu jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang berusia 10 bulan telah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI