fbpx

PRU15: [RASMI] Muhyiddin menang besar di Pagoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menang besar dengan majoriti 10,007 dengan 24,986 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan kedudukannya di Parlimen Pagoh apabila menang besar dengan memperoleh majoriti sebanyak 10,007 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin yang juga penyandang kerusi parlimen itu memenangi sebanyak 24,986 undi.

Beliau menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim (14,426 undi) dan calon Pakatan Harapan, Iskandar Shah (14,979 undi).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI