fbpx

PRU15: Ramai doa Lando ‘rampas’ Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANDO

PETALING JAYA – Meskipun pertama kali bertading sebagai calon di Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ramai berharap aktor dan aktivis Lando Zawawi merampas kerusi panas tersebut.

Gembira dengan perjalanannya sepanjang bertanding sebagai calon parti Pejuang , Lando bersyukur kerana dapat membantu ramai pihak terutama daripada aspek kebajikan penduduk setempat.

Pemilik nama penuh Azlan Sani Zawawi turut berterima kasih kepada semua petugas yang terlibat untuk PRU15 termasuk Suruhanjaya Pilihanraya, Polis Diraja Malaysia, Rela dan sebagainya.

“Alhamdulillah. Satu perjalanan menarik buat saya dan dapat menubuhkan unit BROTHERHOODSGSIREH (unit kampung).

“Membantu orang kampung pada waktu malam iaitu membaiki ban pecah dan jalan berlubang yang digunakan penduduk termasuk memulakan kerjasama dengan beberapa jabatan untuk menyelesaikan isu rakyat,” katanya.

Antara usaha lain yang dilakukan oleh bintang drama Roda Kuala Lumpur itu ialah mempromosikan lokasi dan perniagaan usahawan tempatan kepada pihak luar.

“Saya berpeluang membawa nama Tanjong Karang secara meluas dalam media sosial, media perdana tempatan dan luar negara.

“Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara kita akan terus kukuh sehingga ke jannah.

“Kemenangan saya tidak penting tetapi kemajuan Tanjong Karang dan Malaysia lebih utama. Saya serahkan pada rakyat di sini. Ini negara demokrasi
#KITAORANGRAKYAT,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam ruangan komen, dia dihujani dengan doa dan harapan agar dia dapat merampas kerusi Parlimen Tanjong Karang.

“Semoga Tanjong Karang jadi hak Lando!” komen netizen teruja.

“Insya-Allah Lando akan rampas kerusi Tanjong Karang, selamat berjaya,” kata seorang lagi penyokongnya.

Sebelum ini, kerusi Tanjong Karang adalah milik Tan Sri Noh Omar yang bertanding untuk Barisan Nasional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI