fbpx

PRU15: Peja senyum lebar nantikan keputusan Parlimen Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal atau Peja ketika tiba di pekarangan Glenmarie Golf & Country Resort, Shah Alam malam ini.

SHAH ALAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelihatan tersenyum lebar ketika hadir di pekarangan Glenmarie Golf & Country Resort di sini hari ini.

Sementara itu, ketika disoal mengenai kedudukannya yang sedang mendahului di Parlimen Tambun, Ahmad Faizal hanya membalas dengan senyuman kepada para pengamal media.

Menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.30 malam tadi, beliau mendahului dengan 2,652 undi di kerusi Parlimen Tambun meninggalkan calon Barisan Nasional, Aminuddin Md Hanafiah (1,237 undi), calon Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Gerakan Tanah Air, Abdul Rahim Tahir masing-masing 321 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI