fbpx

PRU15: 20 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengundi-pengundi terawal yang hadir ketika hujan untuk mengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Parlimen Gombak di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di sini hari ini. - FOTO/ FAUZI BAHARUDIN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) memaklumkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 10 pagi tadi adalah kira-kira 20 peratus.

Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Jumlah pemilih berdaftar tersebut turut melibatkan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak sebelum ini berkata, sebanyak 38,348 Tempat Mengundi (saluran) akan dibuka bermula 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 363,515 orang petugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN