fbpx

Untung siapa mengundi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara poster yang menawarkan diskaun dan promosi sempena PRU15 esok.

PETALING JAYA – Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kurang daripada 24 jam lagi, pengundi boleh menikmati pelbagai diskaun makanan dan promosi oleh pelbagai jenama popular, di seluruh negara.

Antaranya ialah Golden Screen Cinema, Marry Brown, TGI Friday, Old Town White Coffee, Pondok Kueh Johor Bahru, Kopi Saigon, dan Tealive.

Syarat yang ditetapkan oleh jenama-jenama terkemuka ini hanyalah, pengundi perlu menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat biru untuk layak mendapat promosi yang ditawarkan.

Jenama lain yang turut menawarkan promosi ini adalah Bean Junior, Gong Cha, Salad Atelier, Street Churros, Cool Blog, The Alley, Secret Recipe, MyLaksa dan Hokkaido Baked Cheese Tart.

Pengundi yang jari berdakwat biru juga boleh ke Nandos, Daboba, Koi, US Pizza, CU Mart, Myeong Dong Topokki, WarongByAdelRosmi dan Renjana by Kafeinatik untuk mendapatkan pelbagai promosi yang menarik.

Selain itu, Port Black Cafe, Burger Kuali Penuh (BKP), IKEA, Sushi King, Kenny Roger Roasters turut mengadakan promosi serta diskaun bagi mengalakkan orang ramai untuk turun membuang undi.

Pengundi boleh merujuk ke laman sesawang jenama-jenama tersebut untuk mengetahui terma dan syarat promosi yang ditawarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI