fbpx

Jungkook lelaki paling seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

PEMINAT khususnya kumpulan penggemar BTS iaitu ARMY sekali lagi berbangga dengan pencapaian salah seorang ahlinya, Jungkook apabila dinobatkan selaku lelaki paling seksi pada usia 25 tahun.

Pengiktirafan tersebut diberikan oleh People Magazine untuk kategori seksi pada setiap peringkat usia.

Majalah tersebut mengeluarkan kedudukan nama selebriti lelaki paling seksi yang berusia dari 17 hingga 70 tahun.

Seorang selebriti lelaki dipilih mengikut setiap peringkat umur yang dikategorikan.

Antara aktor lain yang tersenarai mengikut peringkat umur masing-masing adalah aktor Austin Butler, Hayden Christensen dan Nick Jonas.

Dalam senarai tersebut, nama Jungkook terpilih sebagai lelaki paling seksi bagi peringkat usia 25 tahun.

Ini merupakan kali kedua penyanyi itu diangkat selaku lelaki paling seksi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI