fbpx

BN boleh tubuh Kerajaan awal pagi Ahad – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ketika hadir sempena Program Santai Pagi bersama beliau di PDM Gadong, di sini, pagi tadi. -Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan keyakinannya bahawa parti tersebut mampu membentuk sebuah Kerajaan seawal pagi Ahad.

Menurut beliau, rakyat sudah pun membuat keputusan tiga tahun lalu melalui perlaksanaan pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Nampaknya tiga tahun dalu (rakyat) buat keputusan dah. Itu sebab tujuh PRK, empat PRN semuanya beri dokongan dan sokongan kepada BN dan saya mohon rakyat meneruskan momentum tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini esok hari,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Santai Pagi bersama beliau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, di Gadong, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohamad melahirkan rasa optimis serta positif terhadap peratusan pengundian awal yang tinggi melebihi 90 peratus.

“Ini petanda baik, orang tak sabar-sabar nak mengundi kerana empat tahun duduk dalam keadaan tertekan negara tidak diurus dengan baik.

“Tak mahu lagi dalam keadaan begitu, mahu negara kembali semula di era pra 2018, orang meniaga gembira, orang bekerja tak ada apa-apa, orang makan gaji ok, setiap tahun BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), semua ada,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI