fbpx

Bekas PDM KJ jamin beri sokongan lebih 90 peratus kepada Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDM Gadong akan terus memberikan sokongan kepada calon BN. -Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Bekas Pusat Daerah Mengundi (PDM) tempat di mana penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memulakan karier politik iaitu PDM Gadong memberi jaminan untuk mencurahkan lebih 90 peratus sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bekas Ketua PDM Gadong, Azini Paiman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azini berkata, itu merupakan ikrar dan usaha warga PDM berkenaan untuk memastikan calon BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Walaupun KJ tidak bertanding di sini, kami akan tetap memberikan sokongan padu kepada calon kita Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepada sahabat saya, YB KJ teruskan perjuangan sebab tenaga YB diperlukan di Selangor demi kestabilan dan kemakmuran.

“Insya Allah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad Hasan ini ikrar dan usaha kami. Kepada YB KJ yang telah pun bertandang ke Sungai Buloh, kami beri jaminan bahawa sokongan kami kepada calon BN akan melebih 90 peratus. Hidup BN,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Pagi bersama beliau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, di Gadong, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, Mohamad ketika diminta mengulas mengenai kerusi Parlimen Rembau menyatakan kerusi tersebut sememangnya merupakan kerusi selamat.

“Parlimen Rembau Insya Allah, dah lama selamat, dulu, kini dan selamanya selamat tetapi saya cuba sedaya upaya berjumpa dengan seramai mungkin pengundi dan inilah masa yang paling baik saya datang di PDM cawangan-cawangan untuk saya beramah mesra dengan pengundi.

“Insya Allah Parlimen Rembau ni kawasan yang sentiasa dikenalpasti kawasan putih tapi dalam politik ni pun kita tak boleh cakap mcm tu… tapi saya yakin penduduk di Rembau ni penyokong kuat BN,” katanya.

Pada PRU15 ini, kerusi Parlimen Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru . Selain Mohamad dan Jufitri, kerusi itu juga ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus, calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin dan wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy Jdengan majoriti 4,364 undi. Khairy memperoleh 36,096 undi untuk menewaskan calon PKR Lt. Kol. (B) Roseli Abdul Ghani (31,732) dan calon PAS Mustafa Dolah (6,028). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI