fbpx

15 tahun penduduk Johan Setia guna jalan berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan struktur jalan raya yang rosak di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Klang semalam. – AFIQ RAZALI

KLANG – Penduduk di Kampung Johan Setia di sini sudah tidak tahan lagi apabila jalan raya di kawasan itu berlubang-lubang sejak 15 tahun lalu.

Lebih memburukkan keadaan kerosakan berlaku akibat jalan raya yang tidak diselenggara termasuk di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia.

Kata seorang penduduk, Abdul Karim Mat, 56, ini membuatkan rasa ketidakselesaan kepada ibu bapa ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah.

Ujarnya, keadaan jalan raya tidak diselenggara sebaiknya menyebabkan penduduk se­olah-olah hilang sabar apabila terpaksa berhadapan dengan masalah kereta dan tayar selalu pecah.

“Apabila jalan rosak menye­babkan banyak kereta berge­rak terlampau perlahan sehingga menimbulkan kesesakan melampau ketika urusan harian persekolahan anak-anak.

“Sememangnya amat kesal kerana dibiarkan tanpa sebarang penyelenggaraan bukan sahaja laluan biasa malah di hadapan sekolah pun sama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Karim mempersoalkan sampai bila penduduk terpaksa menanggung kepayahan akibat kerosakan jalan.

“Kami penduduk risau memandangkan lokasi ini juga kurang lampu jalan dan boleh mengancam nyawa terutama pada waktu malam,” jelasnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, D. Kajendran berkata, infrastruktur yang teruk di parlimen tersebut memerlukan penambahbaikkan segera demi keselesaan penduduk.

Tambahnya, keadaan menjadi makin serius apabila banjir me­landa.

“Saya akan adu kepada pihak berwajib agar keadaan ini akan diperbaiki segera,” ujarnya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI