fbpx

Terperdaya sindiket kereta mewah murah, kerani rugi lebih RM850,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Niat kerani am wanita mahu memiliki sebuah kereta mewah pada harga murah membawa padah apabila terperdaya dengan sindiket penipuan pembelian kereta terpakai dalam talian sehingga rugi sebanyak RM850,901, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata,laporan berhubung kes itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kelmarin.

Jelasnya, mangsa ketika itu tertarik dengan dengan iklan penjualan kereta terpakai dari Singapura telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp, Julai lalu.

“Mangsa berusia linkungan 50-an ketika itu bersetuju membayar ansuran RM625 bagi tempoh lima tahun bagi memiliki sebuah kereta mewah 2019 pada harga RM37,500.

“Ekoran persetujuan itu, mangsa telah membuat pembayaran bermula 14 Julai hingga 18 Ogos lalu melibatkan sejumlah RM850,901 menerusi 170 kali transaksi ke 14 akaun bank bagi pelbagai tujuan pembayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, pelbagai alasan cas tambahan yang diberikan suspek seperti pembayaran untuk urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen Import (AP), cukai kastam, bayaran perkhidmatan kontena dan sebagainya membawa jumlah harga meningkat dari sepatutnya.

Tambahnya, mangsa turut diugut ejen penjualan untuk tetap membuat pembayaran jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang kerana telah membuat urusan pembelian kereta terpakai secara haram.

“Akibat terdesak, mangsa menggunakan wang simpanan, pinjaman daripada rakan dan syarikat pemberi wang pinjaman berlesen bagi melunaskan bayaran dituntut suspek itu kerana takut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek kini sedang diburu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI