fbpx

PRU15: Berani mereka kata No! – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis tersebut di Seksyen 16, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pertemuan dengan syarikat perladangan besar di negara ini menjadi fokus utama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengatasi kos sara hidup rakyat.

Anwar berkata, ini terutama melibatkan bahan minyak masak yang perlu dijual di dalam pasaran negara ini bagi mengimbangi keperluan penduduk.

Dakwanya, antara syarikat akan dipanggil untuk bertemu sebaik diangkat menjadi Perdana Menteri adalah Sime Darby, kumpulan IOI dan Guthrie Berhad.

“Sebelum ini saya kata syarikat kecil dan syarikat untung ratus ribu jangan kacau namun syarikat yang untung setengah billion ringgit akan diminta bantu kita.

“Bukan banyak hanya minta jual 10 peratus daripada hasil keluaran kelapa sawit dijual pada harga murah bagi pasaran tempatan.

“Mereka akan tetap untung dan berani mereka kata no! (tidak). Ini Anwar,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama beliau di Seksyen 16, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai dapat memberikan sokongan kepada calon, Azli Yusof bagi mengekalkan kubu kuat PH di Parlimen Shah Alam.

“Saya lihat sokongan anak muda amat luar biasa. Terima Kasih,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI