fbpx

Nadir bumi di Kelantan cecah RM125 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (dua dari kiri) menyerahkan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan kepada Ahmad pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan mempunyai kekayaan unsur nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE) yang dianggarkan bernilai RM125 bilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rizab nadir bumi di negeri ini mencecah sebanyak 2,562,500 tan di tiga buah daerah iaitu Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

“Pihak kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selaku pihak yang menguruskan prosedur operasi standard (SOP) untuk bahan-bahan mineral di negara ini mendapati Kelantan mempunyai banyak bahan mineral.

“Bijih besi, bijih mangan, batu kapur, marmar, lempung bebola, pasir laut, batu silika dan feldspar merupakan nadir bumi yang ada di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan Kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, kawasan Aring di Gua Musang merupakan lokasi nadir bumi paling berpotensi di negeri ini iaitu 1,250,000 tan di kawasan seluas 1,000 kilometer (km) persegi.

Katanya, rizab di Jeli yang melibatkan lokasi Stong dan Batu Melintang dengan kawasan berpotensi seluas 800 km persegi dan jumlah nadir bumi sebanyak 1 juta tan.

“Tanah Merah merangkumi kawasan berpotensi seluas 250 km persegi dengan jumlah nadir bumi sebanyak 312,500 tan. Ini adalah potensi baharu yang cukup penting untuk ekonomi Kelantan dan kita diberitahu bahawa nilai ini dikira berdasarkan harga purata NRREE iaitu 12 USD sekilogram” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI