fbpx

Lelaki dipercayai suami dera wanita di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video aksi seorang lelaki sepak dan pukul wanita yang tular di media sosial hari ini.

Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD

PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial sejak semalam apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah.

Tanpa mengetahui di mana lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku menyaksikan seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.

“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.

“Dekat mana..call polis,” kata netizen.

“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI