fbpx

Hanya serah notis, bukan serbu Invoke – Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan bahawa pihaknya tidak membuat serbuan ke atas syarikat Invoke Solutions Sdn. Bhd. (Invoke) yang diasaskan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

JKDM menerusi satu kenyataan berkata, tiada sebuan dilakukan ke atas syarikat berkenaan sebaliknya hanya menyerahkan notis berkenaan pemberitahuan untuk pemeriksaan dokumen yang berkaitan dengan Cukai Perkhidmatan.

“JKDM telah mengeluarkan satu notis kepada syarikat tersebut berkenaan pemberitahuan untuk pemeriksaan dokumen yang berkaitan dengan Cukai Perkhidmatan di mana syarikat ini telah berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Pemeriksaan ke atas dokumen yang akan dibuat adalah prosedur rutin bagi tujuan verifikasi audit serta khidmat nasihat ke atas Pengisytiharan Penyata SST-02 yang telah dibuat oleh pihak syarikat,” kata kenyataan itu.

Tambah JKDM, sehingga ke hari ini, tiada sebarang serbuan yang dibuat oleh pihak mereka ke atas syarikat Invoke.

“Pihak JKDM menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur spekulasi dan khabar angin yang boleh menjejaskan kredibiliti JKDM,” katanya.

Terdahulu, Rafizi ketika bercakap pada satu sidang akhbar semalam memaklumkan bahawa pejabatnya telah diserbu oleh beberapa individu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, perkara berkenaan sedang dikendalikan oleh peguamnya dan kemudian JKDM pula mahu menyerbu Invoke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI