fbpx

Ramai terkejut lihat muka Azira Shafinaz tanpa solekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira sebelum dan selepas disolek.

PETALING JAYA – Tindakan seorang jurusolek profesional yang memuat naik video wajah pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz tanpa mengenakan sebarang solekan telah menjadi perhatian dan bualan ramai.

Video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan wajah anggota kumpulan De Fam sebelum disolek dan selepas ditatarias oleh jurusolek profesional tersebut.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah terkejut melihat wajah Azira tanpa secalit solekan dan menyatakan kulit wajah selebriti asal Kuala Lumpur itu sama juga seperti kebanyakan wanita di luar sana.

“Sebab itu takut hendak pakai solekan terlalu kerap, sekali tidak pakai solekan akan jadi lain. Maksudnya nampak kulit tidak bermaya sebab bahan dalam solekan sudah meresap dalam muka,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kuasa solekan akan merubah segalanya, tetapi Azira memang cantik seadanya pun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, tidak kurang juga orang ramai yang memuji kulit Azira yang kelihatan lebih ‘natural’ tanpa sebarang solekan.

“Cantik sahaja dengan solekan atau tanpa solekan, kita sahaja yang tidak biasa melihat Azira tanpa solekan,” tulis penggua TikTok itu.

“Orang yang terkejut tengok muka asli Azira mesti tidak pernah tengok drama lakonannya kan? Lagipun apa yang hendak dikejutkan sangat, elok dan cantik sahaja aku tengok,” komen pengguna yang lainnya.

Untuk rekod, Azira kini sedang sibuk mempromosikan drama bersiri lakonannya iaitu ‘One Cent Thief’ yang disiarkan setiap hari Sabtu di saluran Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI