fbpx

PRU15: Keputusan BN gabung Pas ditentukan Majlis Tertinggi UMNO- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) bercakap kepada pemberita selepas program Jelajah Anak-Anak Keramat bersama Datuk Johari di sini malam tadi. FOTO IQBAL ROSLI

KUALA. LUMPUR- Hasrat mana-mana parti untuk bergabung bersama Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum sebarang keputusan diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya wujud cadangan untuk bergabung dan sebagainya, ianya perlu diputuskan oleh Majlis Tertinggi terlebih dahulu.

“Nak bergabung bila (antara Pas dan BN)? Kalau lepas PRU15, kita tunggu selepas itu. Kalau ada cadangan dan sebagainya, kita bawa ke Majlis Tertinggi seperti saya katakan gabungan parti apa mesti diputuskan MT.

“Cuma saya difahamkan, tidak pasti kebenarannya bahawa Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Pas,” katanya kepada pemberita pada Jelajah Santai Anak-Anak Keramat Bersama Datuk Johari di sini tadi.

Katanya lagi, Pas sebagai parti yang besar dan wujud lebih awal daripada Bersatu sepatutnya memiliki kuasa untuk menentukan hala tuju mereka sendiri.

“Patutnya Pas dominan dan mempunyai kuasa sendiri kerana sebagai sebuah parti komponen mereka perlu ada suara dalam Perikatan Nasional.

“Tetapi, bila Pas buat pandangan sendiri, sentiasa dikritik Presiden. Jadi, saya percaya jika itu caranya, baik Pas bergabung dengan parti lain,” jelasnya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan parti itu akan bergabung dengan BN selepas PRU15 jika pihaknya tidak memperoleh kerusi mencukupi membentuk kerajaan.

“Pendirian Pas adalah jelas, akan bergabung dengan BN sahaja bukannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti komponennya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI