fbpx

PRU15: Kelantan umum cuti pada 20 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 20 November ini sebagai Hari Kelepasan Am sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am.

Menurutnya, memandangkan kedua-dua hari tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan bagi negeri Kelantan iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, maka hari berikutnya iaitu pada Ahad bersamaan 20 November dijadikan sebagai Hari Kelepasan Am selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Negeri Bilangan 7 Tahun 1996.

“Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa 18 dan 19 November sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi.

“Sehubungan itu, pengisytiharan Hari Kelepasan Am ini adalah bagi memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat khususnya yang bertugas di negeri Kelantan untuk keluar atau pulang mengundi dalam PRU15 di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI