fbpx

Sekolah agama petang mencabar, sampai terduduk atas lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat murid yang kelihatan mengantuk dan penat ketika di sekolah agama petang.

PETALING JAYA – Gelagat seorang murid lelaki di sebuah sekolah agama sesi petang mengantuk dan terduduk atas lantai membuat ramai geli hati.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @annis5454 yang juga ustazah kepada murid lelaki tersebut memaparkan anak muridnya sedang duduk berlunjur menahan mata daripada terlelap sambil mendengar beliau mengajar.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa geli hati akan telatah murid lelaki tersebut.

“Sekolah agama petang ni memang mencabar sikit sebab nak fokus lagi, nak menahan mengantuk lagi, tabah la dik” komen seorang pengguna TikTok.

“Sekolah agama petang memang macam ni, mengantuk dia tu lain macam sikit, cikgu pun pelik bila dah mula duduk bersila di atas lantai,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Akak puji semangat kau adik. Duduk ke, terlentang ke, tidak kisah asalkan diri mahu belajar,” komen pengguna itu.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai khususnya para ibu mendapat jawapan mengapa baju anak-anak mereka selalu kotor dan comot.

“Macam itulah anak saya, dekat lutut dengan siku tidak payah cakaplah, kadang-kadang tertanya juga mereka ni pergi merangkak ke dekat sekolah, sekarang baru dapat jawapannya,” tulis pengguna TikTok itu.

“Macam mana lah hidup emak awak adik, makcik yang tengok baju kotor kamu pun boleh naik hantu, penat nak sental bagi putih balik ni,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 100,000 tontonan, 4,076 tanda suka dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI