fbpx

PRU15: Tiada gabungan PN, BN bentuk kerajaan selepas PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) tidak akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, beliau berkeyakinan penuh bahawa PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada PN.

Menurutnya, pihaknya percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih.

“Berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan PN dan BN selepas PRU15, saya ingin tegaskan bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

“Maka, sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin semasa hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat di sini semalam berkata, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain terutamanya BN pada PRU15.

Selain itu, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan tersebut.

Menurutnya, rujukan pertama PN adalah BN, namun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen dan beliau yakin BN akan menerima penggabungan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI