fbpx

PRU15: MIC, MCA setia, undi mereka untuk tunjuk penghargaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah di Sungai Siput hari ini. - Foto MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

SUNGAI SIPUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar penyokong Barisan Nasional (BN) membantu kemenangan calon parti komponen gabungan tersebut iaitu MIC dan MCA yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kedua-dua parti komponen itu telah menunjukkan kesetiaan terhadap BN sewaktu parti berkenaan tewas pada PRU14.

Sehubungan itu, katanya, pencalonan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebagai calon Parlimen Sungai Siput tidak seharusnya menjadi isu bagi penyokong BN.

“Inilah semangat keluarga BN. MIC dan MCA bersama kita sewaktu susah dan senang. Waktu kita kalah orang lari, malah orang dalam UMNO yang menang pun ada yang melompat macam katak.

“Ada parti lain yang bergabung bersama kita lari tetapi MIC dan MCA kekal setia bersama BN dan UMNO. Jadi inilah masanya kita menunjukkan penghargaan kepada pengorbanan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah di sini hari ini.

Justeru, Ismail Sabri berkata, sokongan juga perlu diberikan kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun dan DUN Jalong, Jerry Pan.

Pada masa sama, beliau berkata, penyokong BN tidak perlu mengenang kembali keputusan pilihan raya yang lalu, sebaliknya memberi tumpuan terhadap PRU15 serta memastikan kemenangan parti tersebut.

“Itu mustahak. Jangan kita tangisi benda yang lepas kerana ia tak akan boleh mengubah apa-apa. Yang penting kita belajar daripada kesilapan dan pastikan kita menang serta menjadi parti dominan.

“Itu sahaja sasaran kita iaitu kita nak menang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI