fbpx

Modifikasi kereta, keselamatan terabai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kenderaan yang dikecam gara-gara menukar warna asal lampu signal kepada warna lain.

PETALING JAYA – Gara-gara ingin mencantikkan kereta, seorang pemandu sanggup menukar lampu ‘signal’ kepada warna lain sekaligus menyebabkan kekeliruan kepada pemandu lain.

Satu ciapan yang baru sahaja tular hari ini, dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya dikenali sebagai @emrhqm, menunjukkan gambar kenderaan terbabit telah menukar lampu ‘signal’ tersebut kepada warna putih kebiruaan.

“Bang, lampu ‘signal’ itu elok tukar balik warna oren. Kalau kemalangan, jangan salahkan orang lain. Nak main tukar lampu ini buat bahagian dalam sahaja. Ada sebab lampu brek warna merah, lampu signal warna oren,” ujar @emrhqm.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih 3,420 perkongsian dan 4,323 tanda suka.

Di ruangan komen, kebanyakan orang ramai mengecam tindakan pemandu tersebut yang berani memodifikasi lampu ‘signal’ sesuka hati tanpa mengambil berat keselamatan diri dan orang lain.

“Ni mesti fikir nak melawa sahaja tetapi tidak fikir keselamatan. Lepas itu bila dah berlanggar, barulah nak menyesal,” komen salah seorang pengguna media sosial.

Rata-rata turut berpesan supaya berpada-pada dalam mencantikkan kereta, supaya masih mengikut undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Harap Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) ambil cakna, saya dah beberapa kali tengok pemandu modifikasi lampu brek mahupun signal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain,” ujar @zzainnss. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI