fbpx

PRU15: Lebih 6,000 tentera darat undi awal di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 2,981 orang anggota tentera darat di Kem Lok Kawi bersama pasangan keluar mengundi awal hari ini. - Ivan Amirul

PUTATAN – Lebih 6,000 anggota tentera darat di Sabah melaksanakan proses pengundian awal hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,981 orang adalah anggota tentera darat di Kem Lok Kawi bersama pasangan.

Panglima Lima Divisyen, Datuk Abdul Rahman A Wahad berkata, terdapat 12 pusat mengundi awal bagi tentera darat telah dibuka di seluruh negeri termasuk di Kem Lok Kawi, Sandakan dan Tawau.

“Kita melaksanakan proses membuang undi secara berperingkat di Kem Lok Kawi bagi mengelakkan kesesakan berlaku di sini.

“Penggiliran dibuat agar semua anggota dan pasangan dapat menjalankan tanggungjawab mereka mengundi dengan lebih teratur dan selesa.

“Selain itu, kita juga melakukan pemeriksaan balas iaitu setiap pasukan akan menentukan anggota masing-masing dan dijangka sebanyak 72 peratus pengundi
dalam kalangan tentera darat akan keluar mengundi di seluruh Sabah hari ini,” katanya ketika ditemui media selepas membuang undi di pusat pengundian awal Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memaklumkan sebanyak 12 pusat mengundi awal telah dibuka di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuklah di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Proses mengundi awal di Kem Lok Kawi, bermula sekitar pukul 8 pagi tadi dengan menyaksikan Panglima Lima Divisyen, Datuk Abdul Rahman A Wahad menjadi individu pertama melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Turut membuang undi isteri Panglima Lima Divisyen, Datin Zarina Alif.

Terdahulu, Parlimen Putatan menyaksikan perlawanan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya; calon Pakatan Harapan – Parti Keadilan Rakyat (PH-PKR), Awang Husaini Sahari; Warisan, Ahmad Mohd Said dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) – Pejuang, Poyne B Tudus @ Patrick Payne. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`