fbpx

Gabungan PN, BN hanya pandangan peribadi Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi pada sidang akhbar harian PN di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Syura Ulamak Pas (MSUP) berpendapat kenyataan mengenai Perikatan Nasional (PN) akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mendapat majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan hanya sekadar pandangan peribadinya.

Setiausaha MSUP, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, beliau percaya pandangan itu bukan atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Itu kenyataan Takiyuddin dan bukan Setiausaha Agung Pas. Jadi, perkara itu perlu dibezakan dan ada kadangkala dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

“Perkara membabitkan hubungan antara Pas dengan parti-parti lain mesti diputuskan oleh MSUP,” katanya pada sidang akhbar harian PN di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi yang juga calon PN bagi Parlimen Pasir Puteh memberitahu, andaian Takiyuddin itu sebagai perkara biasa di dalam parti.

“Saya pun ada membuat andaian itu dan ini. Maka, ia adalah pandangan biasa yang dibuat secara peribadi.

“Setakat ini, tiada apa yang diputuskan sama ada di pihak Pas atau PN berhubung perkara itu,” ujarnya.

Terdahulu, Takiyuddin semasa hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat di sini semalam berkata, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain terutamanya BN pada PRU15.

Selain itu, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan tersebut.

Bagaimanapun, Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan PN dan BN selepas PRU15, beliau menegaskan bahawa kenyataan itu diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

Beliau berkeyakinan penuh bahawa PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada PN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI