fbpx

Menyamar pelancong seludup kokain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZALI (kiri sekali) menunjukkan kepingan getah hitam mengandungi dadah 'black cocaine' yang diletakkan dalam dua bagasi seorang wanita Amerika Selatan. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAAMIN.

SEREMBAN – Taktik licik keldai dadah yang menyembunyikan dua kepingan black cocaine bernilai RM1.34 juta di dalam bagasi terbongkar apabila dia ditahan sebaik tiba di negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLAI) baru-baru ini.

Wanita warga Amerika Selatan berusia 39 tahun itu diberkas pada pukul 4 petang 6 November lalu oleh sepasukan penguat kuasa kastam selepas suspek dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohammed berkata, siasatan mendapati suspek menaiki pesawat dari Dubai menuju ke KLIA menggunakan pas pelancong.

Katanya, soal siasat mendapati suspek mengaku telah menerima upah AS$500 (RM2,000) daripada satu sindiket untuk membawa dua bagasi mengandungi kepingan dadah untuk dipasarkan di Malaysia.

“Sindiket mencampurkan kokain biasa dengan bahan kimia lain menggunakan teknik ‘mould injection’ bagi menghasilkan kepingan getah hitam untuk mengelak daripada dihidu oleh anjing pengesan.

“Kepingan seberat 6.7 kilogram itu dijadikan pelapik bagasi. Ini merupakan modus operandi terbaharu sindiket yang berjaya dikesan oleh kastam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI