fbpx

Khianat bahan kempen Fahmi Fadzil, polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahan kempen calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang ditampal perkataan mengaibkan di sekitar Lembah Pantai, di sini.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan susulan kes khianat papan iklan membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang ditampal perkataan mengaibkan membabitkan tiga kawasan di Lembah Pantai, di sini.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pengadu lelaki berusia 60 tahun sekitar pukul 12.55 tengah hari, tadi.

Jelasnya, pengadu menerima maklumat di dalam ‘Group WhatsApp’ menunjukkan dua papan iklan gambar Ahmad Fahmi dikhianat dengan ditampal pelekat tertulis perkataan yang mengaibkan .

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di tiga lokasi berasingan di Jalan Pantai Permai 1, Jalan Maarof, Bangsar dan di Jalan Kerinchi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan / 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, pihaknya mengingatkan kepada semua yang terbabit semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mana-mana individu supaya tidak membuat apa-apa provokasi yang boleh mengganggu proses demokrasi negara ini.

Sehubungan itu, sebarang maklumat berkaitan perbuatan khianat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI