fbpx

Jumaat dan Sabtu ini Hari Kelepasan Am – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ismail Sabri berkata, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putrajaya di sini hari ini.

“Kita tetapkan hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu agar rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Sabtu pun kita umumkan sebagai Hari Pelepasan Am kerana ada syarikat swasta seperti kilang-kilang yang masih beroperasi mengakibatkan ada pekerja tidak boleh mengundi.

“Saya tidak mahu satu orang pun yg dihalang daripada menjalankan tangungjawab untuk mengundi,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI