fbpx

[VIDEO] Ramai tak puas, Noah ‘lanjut’ konsert di KL 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT kumpulan Noah di Zepp KL malam tadi disaksikan hampir 3,000 penonton.

KUALA LUMPUR – Meskipun mengalami masalah kesihatan sehingga membuatkan suaranya lebih serak berbanding biasa, vokalis kumpulan Noah, Ariel tetap menghadiahkan persembahan bertenaga pada Konsert Noah Live In KL yang berlangsung di Zepp KL, malam tadi.

Tepat pukul 8.45 malam, Noah yang dianggotai oleh Ariel, David (keyboardist) dan Lukman (gitaris) itu meledakkan adrenalin penonton dengan lagu pembuka, Separuh Aku.

“Malam ini tiada sesiapa yang akan tertinggal kerana semua adalah sebahagian daripada konsert ini.

“Anda semua luar biasa. Kami tidak mampu menggambarkan rasa gembira apabila berpeluang kembali ke Malaysia selepas lima tahun,” katanya kepada lebih 2,500 penonton yang hadir.

Selain berjaya menawan hati ramai dengan nyanyian hebat, penguasaan pentas dan layanannya terhadap peminat sememangnya harus diberikan pujian apabila kerap berswafoto serta bersalaman bersama penonton sepanjang acara berlangsung.

Sepanjang konsert yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu, Noah mengubat kerinduan peminat dengan menyampaikan sebanyak 16 buah lagu seperti Di Atas Normal, Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti dan Menunggumu.

Klimaks persembahan Noah ternyata ketika mereka mendendangkan lagu Ada Apa Denganmu yang disambut dengan nyanyian bersama para penonton.

“Lanjut, lanjut,” itu antara jeritan penonton sekaligus memberi gambaran rasa belum puas menonton persembahan Noah.

Dalam masa sama, Ariel sempat ‘memecah rahsia’ bakal kembali lagi ke Malaysia pada tahun depan dengan skala konsert yang lebih besar.

“Selepas 16 buah lagu, akhirnya sudah sampai ke penghujung waktu acara. Peminat di Malaysia tidak pernah menghampakan kami.

“Semoga tahun depan kita bertemu lagi dalam sebuah acara sebegini dan lokasinya lebih besar,” ucapnya.

Sementara itu, setiap pengunjung yang hadir diberikan sebuah ‘led wrist-band’ atau gelang tangan dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) sebelum memasuki dewan konsert.

Gelang tangan LED itu menyala mengikuti ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.

Sebagai info, Noah Live In KL dibawakan istimewa oleh YOLO Malaysia. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Ramai peminat kata berbaloi beli ratusan ringgit konsert #noahliveinkl #noahlivekualalumpur #bintangdisurga ♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI