fbpx

LRT laluan Kelana Jaya stabil, ujian masih dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan pemerhatian ke atas sistem kritikal perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya adalah stabil dan ujian masih dijalankan.

Rapid Rail dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya sedang giat menjalankan ujian yang menyeluruh bagi memastikan kestabilan sistem sebelum mengambil keputusan untuk membuka semula laluan tersebut.

“Ujian melibatkan 38 buah tren telah dijalankan selama dua hari berturut-turut dan setakat ini pemerhatian ke atas sistem kritikal keselamatan adalah stabil.

“Ujian ini adalah penting dalam menentukan kestabilan serta keboleh harapan, sebelum sebarang keputusan untuk membuka sepenuhnya LRT Laluan Kelana Jaya boleh dibuat,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dibuka kepada orang ramai setelah ujian yang dilaksanakan tidak menunjukkan sebarang gangguan kepada sistem kritikal keselamatan, dan lulus penilaian oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI